syedasyraf

CYPARK: Cubaan Memecahkan Halangan Dinamik MA 200

MYX:CYPARK   CYPARK RESOURCES BERHAD
CYPARK merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam Solar, Perdagangan & Perkhidmatan, Utiliti Air, Teknologi Hijau, Perkhidmatan Industri, Produk & Perkhidmatan Industri, Belanjawan 2021 dan Solar EPCC.

Mempunyai fundamental yang baik dan telah konsisten memperolehi keuntungan dalam setiap tahun namun berkurangan sedikit pada tahun 2020.

Antara jerung atau insitusi besar yang menjadi pemegang saham CYPARK antaranya:
1. Employees Provident Fund: 34.41 Juta
2. Amanah Saham Bumiputera: 31.87Juta
3. Lembaga Tabung Haji: 20.55 juta

Daripada sudut teknikal pula. Beberapa aspek yang boleh dilihat:

1. Harga masih di bawah Moving Average 200 (MA 200). Untuk melihat samada CYPARK akan meneruskan pergerakan uptrend maka perlunya untuk memecahkan halangan dinamik MA200 terlebih dahulu.

CYPARK telah melakukan lantunan apabila harga mencapai paras Resistance Become Support (RBS).

2. Oscillator menunjukkan pembelian CYPARK masih di bawah paras 50 menanadakan bahawa minat pembelian masih kurang.

3. MACD telah melakukan golden cross di paras negatif menandakan akan memulakan pergerakan baharu.

Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya.

Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.