aliremisier

PUMP AND DUMP

Pendidikan
MYX:DATAPRP   DATAPREP HOLDINGS BHD
pump and dump, P&D ni adalah kenaikan harga palsu yang melampau lampau yang bersifat sementara. Aktiviti p&d biasa berlaku kat kaunter2 small cap, kaunter rugi, kaunter tiada fundamental. Tapi kaunter2 mahal pun tak terkecuali. Asalkan boleh buat duit.
.
.
Kenapa p&d ni berlaku? Sebab duit lah.
.
Bayangkan dalam masa 2 3 bulan harga naik daripada bawah 10sen super penny ke harga puluh puluh sen. Dah berapa ribu persen untung? Bayangkan sindiket letak modal 5 juta, push kejap je boleh profit sampai 30juta. Ingat game p&d ni game cikai2 ka?
.
Jadi siapa yang menjadi dalang disebalik permainan kejam pump and dump ini?
- Boleh jadi game seseorang individu yang kaya, atau satu team sindiket, atau syarikat itu sendiri. Macam macam gelaran. Jerung, cik cindy, market maker,smart money. Niat depa satu je, gandakan duit depa kat market. Bukan gandakan duit anda. Bukan nak tolong anda mencari financial freedom. Kita semua ni hanya bidak dalam percaturan mereka.
.
-
.
Jadi macam mana modus operandi / SOP pum and dump ni?

Prelude-
Biasanya mereka akan kumpul dulu saham diam2 pada harga termurah dengan banyak. Fasa ni tiada siapa perasan sebab ia boleh berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Mereka mengamalkan prinsip buy low sell high. Bila kapal tongkang dah penuh, baru boleh jalan.
.
fasa 1 - Sesi tabur dedak.
.
- Pada fasa ini, news dan rumours bersifat positif akan mula di kompang kat berita, blog saham, telegram, whatsapp, website sembang saham, surat khabar. Dalam fasa ini, anda boleh la dengar
- “syarikat XYZ MOU 1billiun dengan syarikat negara gohed gostan”
- “syarikat XYZ nak buat kilang buat sarung getah kaki”
- “siapa yang akan dapat tender kerajaan 2.6 billiun ini?”
- “stock ni undervalue kaw2, jangan cakap abang tak payung”
- “XYZ building up volume/stay tune/ huat huah limit up ni!/ panic buying now!! “

Fasa 2 – kenaikan harga saham
.
- Dalam fasa ini, harga akan meroket laju. Newbies yang dah dengar news/rumours tadi akan kelam kabut kejar harga. Geng yang follow teknikal analisis pun akan triggered juga pasal semua indicator akan memberi signal bullish. Fasa ni boleh bertahan sampai cik cindy dah kekenyangan. Anda yang baru masuk market tiba2 untung 100% seminggu, tak kan tak berkepak jalan kan? Mudahnya menyaham. Asal modal 1000 ringgit dah jadi ribu2. Letak 10k boleh jadi 100k macam ni. Money management takda dah time ni. Yang ada cerita “kalau”. Jual tanah teruslah. All in duit VSS. Pinjam duit mak bapak. Collect duit sedara mara sahabat handai.


Fasa 3 – penjualan
.
- Biasa kalau dah naik pacak sangat, turun pun pacak juga. Tapi kita panggil manja sikit fasa ni, fasa “temporary profit taking”. Normal lah harga dah naik mesti turun. Dia selang seli naik turun katanya. Ini semua penjualan weak holders katanya. Dapat project berbillion takkan tak leh sampai TP singgit? Ini semua adalah part of the game. Cik cindy dia bukannya jual seketul kat atas. Sepanjang perjalanan ke puncak langit ke tujuh tu dia dah dispose sikit sikit pegangan mereka. Average price mereka jauh dibawah neraka ke tujuh dan entry korang kat langit ke tujuh. Sampai level ni, volume pun lemau dah takda sapa nak push. Retailers pi la push sendiri. Kejatuhan tajam ini biasa akan disusuli dengan apa yang kita kata Dead Cat Bounce. Ketika DCB ini berlaku, ramai dah mula pasang harapan harga akan recover balik. Ada yang average down. Jam jam kecemasan camni akan keluar lagi ayat2 manis seperti “ harga dah oversold ni tunggu masa” “harga diskaun ni”. Ini semua adalah sementara. Teknikal rebound.


Fasa 4 – tutup buku
.
- Dalam fasa ini, harga pun meleleh turun secara perlahan lahan tapi pasti. Tiada dah news rumours projek billiyun. Takde angin langsung dah. Senyap sunyi kaunter. Tengok market depth lemau habis. Geng2 cik cindy tengah berhura huray pi joli katak sementara pelabur runcit termenung jauh mengenangkan nasib dan menggunakan teknik analisis harapan. Kalau guna duit tepi ok lagi sangkut. Yang lain tu? Ini semua adalah cobaan..
Kesimpulan.
.
- Kewujudan sindiket adalah perkara yang tidak asing lagi dalam dunia saham. Nampak macam jahat, tapi market memerlukan mereka untuk mencipta volume. Mereka adalah sebahagian daripda ekosistem. Ada jerung baik, ada jerung ganas. Jadi pelabur runcit sekalian yang berada di bawah sekali dalam rantaian ekosistem ini kenalah jadi cerdik juga. Bila mereka jalan, kita ikut tepi. Kawal emosi dan money management. Sampai bila nak kena ngap. Jadikan pengalaman masing2 sebagai iktibar dan pengajaran.


Penat tulis panjang panjang ni, jadi tolong share n like post ini. Hehe😊
Renung renungkan.

Mohamad Ali Fudin (MSTA-UK, CFTe- US)

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.