Antara yang boleh diperhatikan 1. Terdapat beberapa cubaan untuk memecahkan garisan halangan downtrend. DPHARMA mula melakukan penurunan sejak November 2020. Beberapa kali cubaan memecahkan garisan halangan namun masih belum berjaya.
2. Harga didagangkan di bawah MA200. Menunjukkan masih di fasa downtrend
3. Harga sedang melakukan cubaan untuk bertahan di paras MA50.
4. MACD mula menghampiri paras positif.
Carta DPHARMA akan menarik menjadi menarik untuk diperhatikan sekiranya telah berjaya memecahkan halangan garisan penurunan. Kebiasaan sesuatu saham akan mulakan pergerakan baharu setelah memecahkan garisan halangan downtrend.
Jika DPHARMA berada dalam watchlist anda, anda perlu tahu fakta ini. Apa dia?
Fundamental Analysis
1. Insitusi dan jerung yang memegang saham DPHARMA * PNB = RM 898.59 juta. * EPF = RM 161.73 juta. * KWSP = RM 14.46 juta. * ASB= RM 84.9
2. DPHARMA mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan year-on-year (YoY) suku tahun pertama 2021. - Kenaikan 30% untung bersih kepada RM17.614 juta - Kenaikan revenue kepada RM166.45 juta berbanding RM134.086 juta suku sebelumnya.
Apakah faktor kenaikan ini? Ini didorong oleh penjualan yang lebih tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan awam dan tiada kerugian dalam traksaksi pertukaran wang asing berbanding tahun sebelumnya.
What's next untuk DPHARMA? 1. Bonus Issue (1:3), 1 saham bonus untuk setiap 3 saham yang dipegang.
2. Belanjawan 2021 sebanyak 4.2% dalam peruntukan untuk sektor kesihatan awam kepada RM31.9 bilion, yang merupakan yang tertinggi dalam sejarah.
3. DPHARMA antara pembekal produk insulin untuk penyakit diabetis. Tempoh kontraknya untuk pembekalan dan penghantaran produk insulin kepada kerajaan telah dipanjangkan sehingga 1 Dis 2021, dengan nilai kontrak tambahan bernilai RM19.63 juta.
4. Tempoh kontrak untuk pembekalan produk farmaseutikal dan bukan farmasi ke hospital, klinik dan lain-lain kepada kerajaan juga telah dipanjangkan selama 25 bulan hingga 31 Disember 2021.
5. Perjanjian yang baru ditandatangani dengan Rusia untuk mendapatkan 6.4 juta dos vaksin "Sputnik V".
Dijangka perkara ini akan membawa kesan yang positif kepada Laporan Tahunan berakhir 31 December 2021.
Antara syarikat di Malaysia yang membekalkan produk insulin untuk penyakit diabetis. Kadar sesuatu negara yang memliki rakyat yang mempunyai penyakit diabetis juga akan mempengaruhi harga syarikat ini.
Sedikit analisa TA dan FA untuk tujuan pendidikan.
Sediakan Trading Plan anda selengkapnya. Elakkan kehilangan duit yang banyak di dalam bursa.
#TAYOR #BAYOR
Nota tambahan: * Breakout = Naik ke atas jika berjaya memecahkan garisan halangan. * TA= Analisis Teknikal dengan melihat pergerakan harga di dalam carta * FA= Analisa Fundamental dengan melihat syarikat tersebut. * MA= Moving Average
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.