DPIH: Di Atas Sokongan

DPIH dilihat melakukan kejatuhan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu setelah petunjuk RSI mingguan dilihat membentuk 'bearish divergence'

Hari dagangan terkini memperlihatkan lilin pada selang masa harian dilihat melakukan kenaikan teknikal setelah petunjuk RSI mencecah zon 'oversold'
Jika diperhatikan pada selang masa mingguan pula, harga didapati sedang berada di atas sokongan dinamik EMA50 mingguan
Histogram MACD harian juga dilihat seakan membentuk 'regular bullish divergence' tatkala harga mencecah zon 'oversold' RSI harian
Sekiranya harga berjaya bertahan di atas sokongan ini, pembentukan 'Hidden bullish divergence' juga dilihat boleh berlaku pada petunjuk RSI mingguan
Analisa volum juga mendapati volum semakin berkurang tatkala harga menghampiri sokongan dinamik menunjukkan kekuatan sokongan yang sihat
Trend secara amnya dikatakan masih cenderung untuk melakukan kenaikan, namun jurang kejatuhan yang terhasil beberapa minggu lalu juga perlu diambil kira

Menarik untuk diperhatikan

Penafian
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.
Technical IndicatorsTrend Analysis

Penafian