TIBA # 16 : DSONIC, Berlegar di support


=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter "DSONIC" secara umum menunjukkan sedang memasuk Fasa MARKUP.
Ini boleh dilihat dengan Higher High pada harga RM 1.66 dan Higher Low pada harga RM 1.21_.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras resistence pada harga RM 1.38.
Trend UPTREND kelihatan di carta.
Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 1.66 dan support pada harga RM 1.38.
Support dilihat telah bertahan dengan Candlestick Marubozu Merah gagal menujah Support pada tarikh 29 Jun 2020.
Selain itu, volume dilihat mengalami penurunan yang kecil menunjukkan minat jualan yang semakin menurun. Kaunter ini dijangka berlegar di paras support sebelum menerima minat belian yang baharu untuk meneruskan kenaikan dan menguji tahap resistance yang dinyatakan.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
Minor Bullish reversal patterns dilihat dengan candlestick sedang membentuk "Hammer pada tarikh 29 Jun 2020 dan Morning Star pada tarikh 2 July 2020 menunjukkan percubaan reversal dari proses pengambilan untung (profit taking) sedang berlaku.

3.0 CHART PATTERN
Tiada chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat berada di bawah / berada di atas candlestick menunjukkan Hold / Buying Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang menuju keluar dari paras "Oversold menunjukkan momentum jualan semakin melemah.
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini melantun di sekitar ratio "23.6 dan 38.2" menandakan kaunter mengalami "pullback yang sihat".

===================
ANALISA FUNDAMENTAL
===================
1.0 CATALYST
Catalyst yang terkini berkaitan kaunter ini adalah berkisar tentang Buy Back Shares sebanyak 1,129,500 unit pada harga sekitar RM 1.37 – RM1.40. Selain itu, DSONIC juga dikatakan antara syarikat frontier dalam usaha membida system National Integrated Immigration System (NIIS) yang dijangka diumumkan pada Ogos 2020 kelak.
Berdasarkan perkembangan terkini, ia dijangka "akan" memberi kesan kepada pergerakan harga saham untuk tempoh jangka masa pendek – sederhana.
Sumber rujukan adalah seperti berikut:
a. malaysiastock.biz/Company-Announcement.aspx?id=1241399
b. klsescreener.com/v2/news/view/695839/deciphering-the-niis-bidding-war
c.

2.0 QUARTER GROWTH
Kaunter ini dilihat mengalami pertumbuhan keuntungan berdasarkan prestasi kewangan Quarter on Quarter.
Namun begitu prestasi Quarter over Quarter kelihatan menyusut.
Sumber : malaysiastock.biz

3.0 ANNUAL GROWTH
Prestasi keuntungan tahunan juga didapati bertumbuh positive berbanding prestasi tahun lalu.
Berdasarkan laporan Quarter terkini, prestasi ini didorong oleh pembekalan smart cards,
Consumables, personalisation services dan perkhidmatan penyelenggaraan.
Sumber : malaysiastock.biz

4.0 CASH FLOW MANAGEMENT
Syarikat menunjukkan peningkatan terhadap aliran wang tunai operasi (cash Flow) berdasarkan laporan tahunan Quarter terkini sebanyak RM62,792,000
Perkara ini didorong oleh peningkatan kutipan hutang dagangan (Debt Collection) berbanding prestasi Quarter yang lalu.
Namun begitu, pengurangan akaun dagangan (trade account) dilihat di dalam lembaran imbangan. Keadaan ini memerlukan usaha berganda dari pihak syarikat samada dari sudut Sales, mahupun Debt Collection sekiranya mahu mengekalkan keuntungan yang eningkat mahupun konsisten.

5.0. FINANCIAL RATIO
Petunjuk kewangan syarikat juga berada pada tahap yang memuaskan dimana :
i. Kemampuan Syarikat untuk membayar hutang semasa berdasarkan Quick Ratio adalah sebanyak 0.70 [46,380 / 65,795].
Namun, ia disokong dengan Current Ratio sebanyak 2.67 [186,557 / 69,817 ].

ii. Jangka masa panjang, keseluruhan tanggungan syarikat berjaya ditampung oleh jumlah asset sedia ada melalui ratio Net Tangible Asset (NTA) sebanyak 2.69 [354,069 /131,463].
Keadaan ini memberikan kelegaan kepada para pelabur samada untuk memiliki dan menyimpan saham ini dalam tempoh yang sederhana dan panjang.

iii. Dalam keadaan paling buruk, risiko para pelabur terhadap hutang dan tanggungan syarikat diterjemahkan dalam ratio Debt to Equity Ratio sebanyak 0.51 [131,463 / 256,627].
Dalam erti kata yang lain, seandainya syarikat tidak lagi mampu beroperasi dan tiada sebarang asset yang boleh dijual bagi menanpung liability syarikat, risiko pelabur terhadap hutang - hutang adalah sebanyak 51% dari jumlah equity syarikat. Namun, keadaan ini tidak perlu menjadi kebimbangan para pelabur memandangkan syarikat memiliki nilai NTA yang sangat baik.
Sumber : Laporan Tahunan / Quarter Terkini

6.0 SHAREHOLDER
Pemegang saham dilihat membuat pelaburan tambahan dengan syarikat / individu dikenali sebagai URUSHARTA JAMAAH SDN. BHD sebanyak 4,932,400 unit pada tarikh 18 Jun 2020 dan 24 Jun 2020

7.0 PROSPECT
Laporan dari Financial / Quarter Report menunjukkan syarikat mempunyai prospek yang "memberansangkan”.
"Ini boleh dirujuk kepada perenggan berikut: "the pandemic also offer new business opportunities in the areas of public security, public health and also e-commerce.". Namun begitu, terdapat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelabur dimana terdapat tuntutan mahkamah yang dilakukan oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd ("PKN") seperti berikut :
“The Suit is in relation to a disagreement between DTSB and PKN over the price of 1,500,000 Malaysian Passport booklets supplied by PKN to DTSB as DTSB's sub-contractor for the interim period of 6 months from 1 December 2016 to 31 May 2017, before the Malaysian Passport booklets were fully printed and supplied by DTSB to the Government of Malaysia. PKN is now claiming the following against DTSB: -The amount of RM24,975,000.00 (inclusive of GST); The interest at the rate of 5% per annum on the amount of RM24,975,000.00, calculated from the respective due dates until full and final payment or, alternatively, at such rate and period as the Court deems fit; Costs; and Any and all other reliefs as the Court deems fit.”

====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati " PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.


==============
TRADING PLAN
=============
STRATEGY: BUY ON SUPPORT
Entry Price: RM 1.39
Cut Loss: RM 1.34
Risk: 3.6 %

Target Price 1: RM 1.49
Reward: 7.2%

Target Price 2: RM 1.64
Reward: 18%

Target Price 3: RM 1.84
Reward: 32.4%

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Fundamental AnalysisTechnical IndicatorsTrend Analysis

Penafian