NYSE:EL   Estee Lauder Companies, Inc. (The)
Saham syarikat Estee Lauder dilihat membuat kejatuhan beberapa hari dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan dilihat seakan membentuk corak carta bendera terbalik
Justeru, jangkaan harga bergerak di dalam corak carta segitiga sebelum ini dikatakan terbatal
Harga dilihat belum memecahkan sokongan mahupun rintangan saluran selari dengan volum juga dilihat mendatar
Walaubagaimanapun petunjuk RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat berada di bawah paras pertengahan
Harga juga dilihat masih berada di bawah rintangan dinamik MA50 mingguan
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan sokongan dengan volum

Ke manakah halatuju harga? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!

Idea Berkaitan

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.