zulhafizsyam

ENCORP akan buat pullback sebelum meneruskan kenaikan

MYX:ENCORP   ENCORP BHD
ENCORP dilihat mendapat tekanan jualan yang agak tinggi pada jumaat lepas selepas membuat paras tertinggi pada 0.38. Untuk beberapa hari kedepan mungkin akan ada beberapa siri tekanan jualan sebelum ia membuat lantunan kenaikan. Ia telah membuat corak cawan dan pemegang yang memberi isyarat masih ada peluang yang besar untuk membuat kenaikan untuk tempoh sederhana dan panjang. Paras sokongan dilihat pada 0.275 manakala paras rintangan pada 0.32 dan 0.35. Pendapatan syarikat adalah kurang stabil jadi perlu berhati-hati juga.

Kawasan masuk: 0.28 - 0.305
Ambil untung: 0.32 -0.35
Potong Rugi: 0.27

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli . Sila berdagang atas risiko sendiri.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.