EOG: Mampukah Bertahan?

Saham syarikat EOG Resources dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Terkini pergerakan harga sejak beberapa minggu dagangan yang lalu dilihat mula membuat kejatuhan
Harga jika dilihat melalui carta log dapat dilihat bergerak mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik
Harga kini dilihat sedang bertahan dan menguji kekutan sokongan saluran menaik yang juga selari dengan sokongan dinamik MA50 (tidak ditunjukkan)
Volum kenaikan walaubagaimanapun dilihat masih lagi rendah menunjukkan masih kurangnya minat belian untuk menolak kenaikan harga
Jika dilihat pada selang masa bulanan, lilin dilihat membentuk 'bearish engulfing' pada bulan dagangan sebelum ini
Pergerakan harga pada carta bulanan secara teorinya adalah lebih kuat berbanding selang masa yang lebih kecil
Justeru, tidak mustahil untuk harga terus membuat penurunan memecahkan sokongan saluran menaik

Adakah harga akan terus bertahan dan membuat kenaikan atau sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Candlestick AnalysisMultiple Time Frame AnalysisSupport and Resistance

Penafian