ichivergence_hunter

EVERGRN Berjaya Memecahkan Rintangan Keras dan BB Breakout

MYX:EVERGRN   EVERGREEN FIBREBOARD BHD
Evergrn memecahkan aras rintangan kuat di 0.295 disokong oleh volume breakout 5 bulan high. Seterusnya menguji satu lagi rintangan kuat di 0.310 sebelum ditutup pada aras 0.305. Indicator Bollinger Band (BB) juga menunjukkan pattern breakout dan berpotensi untuk membentuk pattern surf BB. Aras target terdekat adalah EMA200 di aras 0.330 dan juga aras gap 0.345 dan 0.355. Jika berjaya melepasi kesemua rintangan ini, secara teorinya Evergrn akan mempunyai kekuatan bullish yang lebih kuat untuk meneruskan pendakian ke atas.

(Penafian : Sekadar contoh analisis teknikal chart dan untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap maklum).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.