FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Pada awal tahun saya menulis article berkenaan FBMKLCI dan menjangkakan index akan naik pada tahun ini. Malangnya penularan wabak C-19 menyebabkan a huge plummet. Index turun sehingga ke paras 1,200 pada bulan March haritu.

Apa yang saya fikirkan bila market drop apabila saya menjangkakan kenaikan pada awal tahun? This is OPPORTUNITY! Cuba bayangkan anda nak trade satu kaunter ni . Fundamental memang cantik. Undervalued. dan anda menggunakan technical analysis untuk membeli. Malangnya price jatuh dan anda cut loss. adakah anda sedih? Sepatutnya tidak! Why? Sebab anda dah jumpa kaunter yang memang 'cantik' dan price drop further menyebabkan price dia ada additional discount! Umpama dari undervalued stock pergi ke fasa 'Margin of Safety' yang dikenalkan oleh Benjamin Graham. Begitulah juga apa yang saya fikirkan waktu tu.

TEKNIKAL

Saya analyse balik market menggunakan indicator yang saya develop sendiri (ZMI). ZMI digunakan untuk mengetahui momentum sesuatu security. Tetapi ia juga digunakan untuk mengetahui the 'bottom' of indices. Saya telah cuba pada banyak index (DJIA, CAC40, KOSPI, etc) dan resultnya sama! Apabila Blue Line touched/crossed Lower Dotted Red Line, disitulah potential bottom dan index akan naik. Berlaku pada crisis 1997 dan tahun ini. Menunjukkan ada potensi market dah bottom (malah dah naik dah pon dari March haritu). Lihat pada gambar ini (www.tradingview.com/x/XaS0vqf5/)

Kedua, dengan menggunakan ilmu Fibo, kejatuhan pada kali ini adalah sebanyak .618 dari kejatuhan semasa 1997. Dan price rebound balik pada March haritu.

Next, on a daily chart , terdapat MACD divergence dari September hingga bulan November ini. A good sign since MACD creates higher Low tetapi index creates Lover Low.

DOW THEORY

Accumulation Phase of the theory - Fasa ini menerangkan dimana disinilah 'Smart Money' akan mula membeli. Fasa yang berlaku dimana 'everything is seemingly at its worst'. Fasa ini berlaku selepas 'Panic Phase' dimana market panic and can lead to very large sell-offs in a very short period of time. Persoalan, adakah kita sudah lepas dari Panic Phase yang berlaku pada tahun ini..?

Disclaimer : Penulisan ini hanyalah kajian saya sendiri dan bukan bertujuan untuk memberi signal/buy or sell call. Saya tidak bertanggungjawab diatas sebarang tindakan yang dibuat berdasarkan maklumat diatas.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.