Pasaran CRASH - Krisis Kewangan Asia 1998

Pernahkah anda terfikir, apakah kesan ketika da selepas Krisis Kewangan Asia 1998 yang menyebabkan market crash atau pasaran merudum dengan teruk pada tahun 1998.
- Berapakah lama durasi krisis kewangan asia?
- Berapakah lama kah Malaysia perlukan untuk memulihkan pasaran BSKL?
- Adakah betul yang diperkatakan menteri-menteri dapat memulihkan dan memberi impak dan sumbangan selepas pasaran crash?
Jika ya, berapa banyak ke BULLISH yang mereka dapat kembalikan, daripada kesan BEARISH sebelum itu?
Jika tidak, mengapa?

Krisis Kewangan Asia memberi impak yang sangat besar terutamanya negara2 di Asia
Mimpi buruk ini bermula pada pertengahan 1997, dengan Baht Thailand, diikuti Peso Filipina dan Ringgit Malaysia.
(Thailand merupakan antara negara EM-Emerging Market yang terbaik dan bangkit selepas kirsis kewangan ini)

Krisis Kewangan Asia berlarutan selama lebih kurang 546 hari atau 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Dan, kejatuhan sebanyak -982 mata ( -76% ) dari 1278 kepada 262

Setiap yang naik akan turun, dan setiap yang turun akan akan (kecuali, jika gagal dipulihkan)
Benarkah Malaysia mengalami zaman BULLISH selepas krisis kewangan 1998?
YA, kerana selepas kejatuhan -76%, market malaysia semakin pulih

tetapi, untuk mengatakan menteri-menteri pada zaman itu, terutama menteri kewangan yang berjaya membawa zaman BULLISH ini?
sukar untuk diperkatakan, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan
saya cenderung untuk mengatakan Pasaran Malaysia tidaklah segah sebelum krisis kewangan asia, gagal untuk dipulihkan
YA, naik tetap naik, tetapi, pada kadar yang perlahan
Para pelabur lambat untuk kembali ke Malaysia, ambil masa lama untuk meyakinkan mereka semula
kerana beberapa dasar yang diambil ketika berlakunya krisis kewangan ini

Oleh itu, berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih? Jika jatuh dalam 1 tahun 5 bulan, naik pula mengambil masa selama:
" 3132 hari atau 102 bulan ( 8 tahun 6 bulan ++) "

Bagi saya, Malaysia memerlukan masa yang lama untuk bangkit dan menarik pelabur-pelabur masuk semula
BSKL mengambil masa 5-6 x ganda masa untuk dipulihkan dari masa ia CRASH

BSKL mencapai aras terdahulu semula pada awal tahun 2007 (mac 2007), kemudian, mengalami CRASH semula pada akhir tahun 2007 (nov 2007)
Berikutan US Housing Bubble atau US Housing Market Crash yang menyebabkan jatuh semula sebanyak -40%
Kita akan kupas berkenaan krisis ini pada post yang lain

Terima Kasih
Fundamental AnalysisTrading PlanTrading Psychology

Penafian