Meem

FCPO: Berdekatan Sokongan

MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Pasaran hadapan CPO dilihat bergerak membuat kenaikan setelah harga membuat kejatuhan beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang masa harian dilihat menunjukkan harga bergerak mematuhi sokongan
Harga dilihat berada berdekatan garisan rintangan fibonacci namun masih belum menyentuh paras rintangan kritikal 0.382/0.5/0.618
Melihat pada lilin harian, pergerakan harga juga dilihat seakan membentuk corak carta bendera
Walaubagaimanapun tidak mustahil juga untuk harga membuat kenaikan semula membatalkan corak carta sekiranya terdapat pemangkin
Selagimana harga belum memecahkan sokongan atau rintangan adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Adakah harga akan terus melemah ataupun sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!

Idea Berkaitan

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.