Menarik! Rahsia Pivot Fibo dalam FCPO

Rahsia Pivot Fibo dalam FCPO

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui fungsi pivot fibo dalam FCPO atau dalam tradingview untuk bahasa melayu dipanggil pangsi. Saya menggunakan istilah asal iaitu pivot untuk lebih dekat dengan apa yang saya ingin sampaikan. Untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan salah satu penggunaan pivot fibo dalam FCPO. Kepada yang masih tidak mengetahui apa itu pivot anda boleh membuat carian di internet kerana telah banyak keterangan berkenaan dengan cara kira dan fungsi umum pivot.

Kebiasaannya pivot digunakan untuk menentukan paras sokongan dan rintangan tetapi sebenarnya ada lagi fungsi pivot yang agak menarik untuk difahami dan saya biasa menggunakan fungsi ini semasa berdagang pada FCPO dan ia amat berkesan untuk menentukan paras harga pergerakan FCPO pada satu hari atau satu minggu. Dalam pivot fibo kita akan dapati terdapat beberapa paras yang dinamakan sebagai paras pivot, paras rintangan 123 dan paras sokongan 123. Dengan bacaan yang berbeza, saya menambah lagi beberapa paras di antara paras pivot dan paras rintangan/sokongan 1 kemudian di antara paras rintangan/sokongan 2 dan rintangan/sokongan 3. Sila rujuk pada carta di atas. Kawasan di antara paras tadi saya namakan sebagai senggat bagi memudahkan untuk penerangan. Oleh itu setelah semua paras telah dikenalpasti kita akan dapat lihat bahawa jumlah kesemua senggat adalah 10 senggat.

Rahsia yang saya ingin cerita pada kali ini adalah pada kebiasaannya, FCPO akan bergerak pada kadar 4 atau 5 senggat pivot fibo. Sekiranya anda menggunakan indikator pivot fibo yang sedia ada pada tradingview ini anda akan dapat melihat pergerakan pivot fibo ini akan bergerak pada kadar yang sama. Dengan menengetahui kadar pergerakan harga, kita akan lebih mudah untuk menjangkakan tahap keungtungan atau tahap kerugian semasa berdagang. Mungkin anda boleh mencuba untuk menggabungkan kaedah pivot fibo untuk dagangan anda bagi mengoptimumkan lagi keuntungan anda.

Untuk perkongsian akan datang, mungkin saya akan cuba menerangkan fungsi harga tutup yang sangat menarik untuk digabungkan dengan kaedah fibo pivot sekiranya perkongsian ini di lihat oleh lebih dari 200 orang dan butang suka ditekan melebihi 10 kali.

Sekiranya anda mempunyai informasi berkenaan dengan pivot, anda boleh bersama-sama berkongsi ilmu dan pendapat melalui kolum komen yang disediakan. Terima kasih atas bacaan anda.

Sekian.

facebook.com/SmokeEvo/
Technical IndicatorsPivot PointsTrend Analysis

Penafian