Pada posting saya yang lepas (Minggu 40), saya menjangkakan salah satu daripada senario berikut akan berlaku:
(i) harga FCPO akan break the trendline dan mencari TP2 TFW
(ii) harga FCPO tak mampu break the trendline (seperti minggu lepas) dan akan meneruskan penurunannya, mencari TP3 TFW.
Nampak gayanya, harga FCPO telah mengikuti senario (i), di mana harga FCPO telah break the downtrendline dan telah singgah di TP2 TFW. Memandangkan hari ni cuti, maka kita tak tahulah apa halatuju seterusnya.
Saya jangkakan, jika TP2 TFW ni kuat, maka harga FCPO akan melantun ke bawah. Manakala, jika banyak volume membeli masuk secara berterusan, boleh jadi TP2 TFW akan pecah dan jadi RBS (resistance become support).
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.