Analisa FKLI1! : 2018 : 13/12 - 18/12

96
Berdasarkan pada carta 2-jam, kami dapat mengenal pasti akan formasi segi tiga menurun (garisan tren menurun ungu dan garisan melintang jingga). Ini merupakan formasi sambungan penurunan kepada paras harga yang lebih rendah. Harga pada jam terakhir kini berlegar pada kawasan sokongan-halangan apabila menembusi paras sokongan pada 10/12.

Pedagang jangka pendek boleh mengambil peluang untuk jual dan paras kerugian boleh dirisikokan pada harga 1690. Berikut adalah paras halangan yang perlu ditembusi sekiranya pedagang berdagang dalam pasaran saham Malaysia: 1685, 1710, 1738.

Sekiranya harga menembusi garisan tren menurun (berwarna ungu), analisa akan disemak semula.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak bertujuan, dan tidak membentuk, nasihat atau cadangan kewangan, pelaburan, dagangan atau jenis lain yang diberikan atau disahkan oleh TradingView. Baca lebih dalam Terma Penggunaan.