1. Frontkn kaunter kegemaran ramai dari sektor Teknologi khususnya Semikonduktor sentiasa mendapat tempat dihati para pedagang dan pelabur.
2. Harga tertinggi yang pernah dicapai selama 52minggu setelah dijustifikasi adalah pada RM 3.97 dan harini harga tertinggi yang didagangkan adalah RM 3.95, namun penjual telah memberi tekanan menjual sehingga menolak harga jatuh dan ia tutup pada harga RM 3.80
3. Dari segi teknikal, Frontkn adalah dalam fasa menaik dan telahpun berjaya memecahkan rintangan garis serta keluar dari corak carta segitiga sama. Harga yang mungkin akan dicapai adalah seperti di carta. Walaubagaimanapun ini hanyalah kajian, mungkin juga ia tidak berlaku.
4. Monitor rapat untuk kajian seterusnya, kerana indeks Teknologi juga didapati sangat positif.

Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
Chart Patterns

Penafian