dnshnzm

MASIH BERTAHAN DI RBS

MYX:GREENYB   GREENYIELD BHD
Sektor : Produk Pengguna & Servis
Subsektor : Produk Pertanian

Setelah berjaya memecahkan aras rintangan tertinggi 2016 pada harga 0.285 di awal Jun 2021, Greenyb masih kuat bertahan untuk meneruskan pendakian. Secara keseluruhan kaunter ini masih di fasa uptrend dengan diperhatikan menggunakan indikator RSI. Untuk pergerakan beberapa bulan yang lalu pula, kaunter ini menjajar di dalam kotak. Dari segi volume Greenyb menunjukkan adanya minat belian dan jualan yang tinggi sejak sebulan yang lalu. Jika diperhatikan dengan lebih rapi, kaunter ini seakan membuat corak tripple bottom dan neckline berada di 0.325. Adakah Greenyb mampu bersinar? Tarik super ring dan saksikan.

Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)

*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.