MYX:HPMT   HPMT HOLDINGS BERHAD
1. Kaunter ini masuk dalam main market Bursa dan sektornya adalah industrial product. Berkaitan dengan metalworking dan cutting tools.

2. Pada aras harga sekarang, saya menilai aras sokongan yang terdekat adalah 0.480, 0.455 dan 0.450 berdasarkan aras fibonacci.

3. Saya telah buat satu garisan uptrend dan mendapati harga masih lagi di atas garisan ini. Maka boleh disimpulkan kaunter ini masih uptrend. Dan boleh membentuk corak mangkuk.

4. Aras rintangan terdekat adalah 0.580 iaitu harga buka kaunter ini sejak hari lahir.

5. Untuk yang bersabar boleh mengira RRR
0.50 : 0.505 : 0.58 : 0.895... dinasihatkan juga anda berhati-hati dan tiada mengejar harga pada waktu sekarang.

5. Sekadar untuk pemerhatian dan pembelajaran. Tiada sebarang rekomendasi dalam catatan ini. Segala tindakan anda adalah risiko sendiri.

DISCLAIMER: The above information is for information purposes only and shall not be construed as an offer, invitation or solicitation to buy or sell the securities or any related investment or financial instrument by me

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.