naimmp98

INNATURE (Percubaan untuk ke Pencapaian Tertinggi Sebelum ini)

MYX:INNATURE   INNATURE BERHAD
Sektor:
- Personal Goods, Consumer Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, INNATURE baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 20 Februari 2020 (20/2/20). Keuntungan dan hasil (revenue) QoQ tidak memberangsangkan kerana ia menyusut masing² sebanyak -2.44% dan -16.06%. INNATURE konsisten dalam memberi dividen. Dividen yang diberikan adalah sebanyak 1 sen sesaham untuk tahun 2020 dan 2021. Saham INNATURE ini juga dimiliki dan dipegang oleh KWAP, ASN dan AIA.
- Dari sudut Teknikal, INNATURE baru sahaja mencapai ATH kemudian keesokannya INNATURE membuat pullback.
- Harga ATH iaitu RM 0.740 ini merupakan harga ketika INNATURE pertama kali disenaraikan di Bursa. Ketika ini, harga mencapai harga RM 0.740 sebelum menurun dan tutup dengan kerugian pada hari tersebut.
- Terkini, INNATURE dilihat rebound di atas fibo 0.618 dan jika harga mampu bertahan di atas fibo 0.618 ini, harga bermungkinan akan menuju ke paras ATH sekali lagi.
- Jika harga tidak mampu bertahan dan jatuh di bawah fibo 0.618, support seterusnya adalah pada fibo 0.5 yang merupakan RBS bagi INNATURE.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.