Meem

INVA: Divergence

NASDAQ:INVA   Innoviva, Inc.
Saham syarikat Innoviva, Inc. dilihat bergerak mendatar sejak beberapa hari dagangan yang lalu

Jika dilihat pada selang masa harian, pergerakan harga dilihat membentuk 'divergence' kenaikan beberapa hari yang lalu
Harga dilihat telah membuat paras rendah baharu namun petunjuk RSI dilihat berlawanan dengan pergerakan harga
Lilin pada hari terkini dagangan juga dilihat membentuk lilin hijau menenggelamkan hari sebelumnya (bullish engulfing)
Terkini harga juga dilihat berada berdekatan dengan kawasan sokongan RBS (dapat dilihat jelas pada selang mingguan)
Perlu juga diambil kira bahawa rintangan MA200 harian bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat yang juga selari dengan MA50 mingguan (tidak ditunjukkan)

Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.