naimmp98

JAYCORP (Kenaikan Cantik dan Menarik)

MYX:JAYCORP   JAYCORP BHD
Sektor:
- Furniture, Packaging, Rubber Products, Household Goods, Consumer Products & Services, Work-from-Home (WFH).

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan JAYCORP secara keseluruhan dilhat berada dalam keadaan uptrend. Keuntungan JAYCORP QoQ dan YoY meningkat masing² sebanyak 88.04% dan 55.09%. Hasil (revenue) juga meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 12.44% dan 12.77%. JAYCORP juga konsisten dalam pemberian dividen. Terbaru, dividen yang diberikan pada 19 Mac bernilai 11.5 sen sesaham. Pemberian dividen yield ini juga meningkat sebanyak 6.5%.
- Dari sudut Teknikal, JAYCORP masih dalam keadaan uptrend dan pergerakan JAYCORP sangat menarik.
- Dapat diperhatikan, JAYCORP sentiasa menaik dan apabila membuat pullback, JAYCORP turun tidak melebihi trend line. MA 50 juga boleh dijadikan dinamic support untuk JAYCORP.
- Terkini, JAYCORP dilihat sedang membuat pullback sekali lagi. Adakah JAYCORP akan membuat pullback sehingga ke trend line kemudian rebound seperti sebelum ini?
- Antara indikator yang boleh digunakan untuk saham uptrend seperti ini adalah 'Parabolic SAR' (boleh rujuk bulatan² kecil berwarna hijau):
1) Signal buy muncul apabila bulatan pertama muncul di bawah candle stick.
2) Signal sell muncul apabila bulatan pertama muncul di atas candlestick.

Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.