MYX:KAB   KINERGY ADVANCEMENT BERHAD
1) Harga menunjukkan perubahan trend apabila Mid BB/MA20 mula bergerak ke atas.
2) Harga telah melengkapkan konsolidasi apabila BB Squeezed dan harga bertahan serta melantun di EMA 50.
3) Harga menyambung uptrend setelah keluar dari kondisi squeeze.
4) Membuat pembetulan atau pullback apabila harga terkeluar dari upper band.
5) Lower band melintang ke bawah EMA50 merupakan setup momentum yang kuat.
6) Paras sokongan terletak di 0.410 atau EMA10 sebagai sokongan dinamik. Selagi bertahan atas EMA10, momentum masih dalam keadaan baik.
7) Sekarang menanti isyarat pullback reversal iaitu jika harga berjaya engulf atau melepasi 0.430. Ataupun harga membuat sedikit lagi penurunan ke salah satu paras sokongan tadi dan melantun. Ini akan memberikan isyarat penyambungan trend.
8) Harga sasaran sekurang2nya 0.530 iaitu sama ketinggian dengan kenaikan pertama atau paras fibonacci projection 1.00. Atau boleh layan trend selagi mana harga bertahan atas EMA10 dan tidak terlalu jauh dari EMA10.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.