Meem

KLK: Paras Tinggi Berganda?

MYX:KLK   KUALA LUMPUR KEPONG BHD
Saham syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta puncak berganda pada selang mingguan
Volum juga dilihat berkurang tatkala tinggi terbaharu terbentuk menunjukkan kurangnya permintaan
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat telah membuat 'divergence' dan sedang bertahan di atas kawasan pertengahan
Kedudukan terakhir harga dilihat berada di atas sokongan corak carta berkenaan yang juga seiring EMA20 mingguan (tidak ditunjukkan)

Adakah harga mampu bertahan dan membuat kenaikan semula ataupun sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.