muhammadzaim86

KSMUSDT, dalam fasa pullback ?

HTX:KSMUSDT   KSM / Tether USD
1. Di TF1W dilihat harga sedang membuat penurunan menuju ke arah trendline dengan garisan 61.8% Fibo Retracement menjadi paras rintangan terbaru. Berkemungkinan juga harga akan membuat pantulan di garisan 50% atau garisan paras support terdekat.
2. Di TF1D dengan lebih jelas dapat dilihat harga telah membuat pantulan di garisan rintangan berhampiran dengan garisan 61.8% Fibo Retracement dan menuju ke arah trendline semula.
3. MACD line dan signal line masih berada di kawasan histogram positif tetapi melingkari antara satu sama lain. Berkemungkinan MACD line akan melintas ke bawah. Sementara itu RSI dilihat membuat lengkungan ke bawah untuk berada di zon 60. Berkemungkinan bacaan RSI akan menuju ke zon terlebih jualan. Harga juga dilihat telah membuat pantulan di upper Bollinger band.
4. di TF1H kelihatan POC yang ditunjukkan oleh Volume Profile ditandakan pada zon harga 400 di samping MACD dan RSI telah menunjukkan penurunan.

#TPkeCL #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #sayabudakbarubelajar
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.