zulhafizsyam

M3TECH Masih berada pada fasa Kenaikan

MYX:M3TECH   None
M3TECH dilihat berada pada fasa kenaikan atau uptrend. Ia jelas kelihatan jika menggunakan corak carta saluran selari seperti yang ditunjukkan pada graf. Untuk jangka pendek ia mungkin akan membuat retracement sedikit sehingga menghampiri paras sokongan pada saluran selari yang mana menunjukkan masa yang sesuai untuk masuk. Paras rintangan boleh dijangkakan menghampiri paras rintangan pada saluran selari. Bagaimanapun kaunter ini mempunyai pendapatan yang negatif jika dilihat pada laporan suku tahun dan tahunan. Walaupun begitu, secara teknikalnya ia kaunter yang menarik untuk diperhatikan.

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.