naimmp98

MATANG (Sudah Cukup Matang untuk Berubah Arah?)

MYX:MATANG   MATANG BERHAD
Sektor:
- Plantation.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, MATANG dilihat membuat keuntungan secara konsisten. Hasil (revenue) pula dilihat uptrend sejak Nov 2019. Kenaikan hasil (revenue) QoQ adalah 45.18% manakala YoY pula 24.44%. Keuntungan juga meningkat QoQ sebanyak 185.33% dan YoY sebanyak 157.98%.
- Dari sudut Teknikal, MATANG telah melakukan kenaikan 2 hari berturut² dengan volume yang sangat signifikan.
- Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan bahawa operator atau jerung mula menaikkan harga.
- Jika harga mula melakukan penurunan, perhatikan dan pastikan harga tidak ditutup di bawah fibo 0.382 iaitu pada RM 0.105.
- Jika harga naik lagi, boleh alihkan fibo 1 ke atas harga 'high' yang baru. (Saya akan buat part 2 jika harga naik lagi).

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.