naimmp98

MERIDIAN (Di atas Lantai Baru)

MYX:MERIDIAN   MERIDIAN BERHAD
Sektor:
- Property

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, MERIDIAN lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) juga dilihat tidak konsisten. Melalui QR, hasil (revenue) MERIDIAN dilihat kerap meningkat ketika Q1 sahaja untuk 3 tahun terbaru ini. Walaupun begitu, hasil (revenue) adalah menurun QoQ sebanyak -7.54%. Untuk YoY, keuntungan dan hasil (revenue) adalah meningkat masing² sebanyak 200.79% dan 14.47%.
- Dari sudut Teknikal, MERIDIAN masih di atas MA 200 menandakan masih uptrend untuk long term.
- Terkini, MERIDIAN dilihat cuba rebound di atas support terbaru pada paras harga RM 0.330. Support ini disokong oleh dua justifikasi:
1) Harga rebound dengan volume yang sangat signifikan.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold.

Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasannya pada bulan Februari.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.