ichivergence_hunter

MFLOUR Cadangan dan Idea Dagangan Singkat

Singkat
MYX:MFLOUR   MALAYAN FLOUR MILLS BHD
MFLOUR pada hari ini menecahkan garisan menurun singkat dan ditutup dengan lilin hijau marubozu disokong oleh volume yang melebihi purata. Secara teorinya, ini merupakan signal kepada pusingan arah pergerakan lilin. Jika kita gunakan pasangan EMA untuk dagangan singkat iaitu padanan EMA9 dan EMA21, dapat dilihat lilin pada hari ini melintansi dua garisan ini serentak. Ini menunjukkan signal yang kuat untuk Mflour menyambung pendakian ke atas. Aras sokongan adalah di 0.835 dan aras rintangan adalah di 0.925 dan 1.03. Mampukah Mflour singgah melawat ke kedua-dua aras rintangan ini? Sama-sama kita kaji mengkaji dan melihat langkah pergerakannya. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.