leuz

Tahniah! Anda sudah bergelar seorang TRADER!

Pendidikan
MMAG-WB  
MMAG-WB  
Tahniah sekali lagi kepada korang yang telah bergelar seorang TRADER. Ianya mungkin menjadi satu pengalaman yang paling best skali dalam hidup korang kan? Hehe. seperti aku juga (aku rasa sebahagian besar dari korang pun sama macam aku) aku menjadi seorang trader dengan rasminya pada bulan April 2020 iaitu sebulan selepas MCO. Pada ketika aku menulis artikel ini aku sudah menjadi trader selama lebih kurang 5 bulan. So boleh tahan juga la pengalaman menjadi seorang trader selama 5 bulan nih. Banyak kenangan manis dan masam yang pernah aku hadapi hehe.

Dan aku pasti... korang mesti tak sabar untuk memulakan aktiviti berdagang selepas korang membuka akan CDS dengan jayanya. Jadi, sebelum korang berangan-angan nak kaya pada esok harinya..pastikan kita persiapkan dahulu diri kita dalam ilmu saham dengan sebaiknya. Aku takla terer sangat tapi aku juga macam korang yang sedang belajar dan masih belaja walau sudah berdagang selama 5 bulan. Masa aku mula-mula decide untuk memulakan aktiviti saham ni aku telah persiapkan diri dengan mengenali saham dan bursa malaysia tu ape. Aku takla akan ajar disini satu persatu ape yang aku belajar tapi aku cuba guide korang untuk sama2 belajar ape yang aku belajar. At least korang tau nak belaja ape kan? so aku akan bagi tajuk2 nya untuk rujukan korang.

PERTAMANYA...
Korang kena tau mende2 ni...

1. Apa itu BURSA MALAYSIA
- Jenis market yang ada (Ace / Leap etc.)
- Jenis kaunter yang ada (Biasa / warrant)
- Status kaunter (syariah / x syariah)
2. Cara guna Platform CDS korang (Cara buat buy/sell order, cara deposit duit etc.)
3. Cara baca chart dan buat analisis Fundamental (FA) dan teknikal (TA)
4. Modal antara 2 ke 5 ribu. (ni modal yang aku rasa paling cantik untuk memulakan trade)

Ini antara basic yang pertama sekali korang kena masterkan...TIPS aku pada harini..take your good time untuk study saham ni. jangan gopoh dan belajar dengan cepat dan tepat. Jangan sembrono je trade saham hehe. Setakat ini dululah perkongsian aku pada entry kali ini. Kita bersambung lagi dengan entry akan datang ye. Stay tune guys

#takkayatakpejanjihensem.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.