6-MAC-2020: MMM berada di paras support Daily

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Tools Kajian;
1. SNR – Harga berada di Support yang ditandakan sebelum ini
2. Volume – minggu ni walaupun buyer cuba menonak harga ke atas, secara keseluruhan masih merah ni
3. MA - cross kebawah (daily)
4. Index DOW - kembali menjunam

Ulasan;

secara kasar kaunter ini adalah dalam keadaan yang sideways sekiranya di perhatikan di Daily chart. Jangkaan kita untuk masa terdekat ini harga akan berlegar di kawasan daily support. Namun seandainya harga berjaya memecahkan daily support ini dengan momentum, secara kasar harga mungkin boleh menjuman ke paras 134.53 iaitu weekly support. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian kita terhadap index US30 yang merah.(6-3-2020)

Rumusan;
Malam ini akan ada news NFP yang menentukan hala tuju ekonomi US, jadi ini sedikit sebanyak akan membantu pembentukan harga samaada menjunam atau sebaliknya. Sekiranya malam ini harga jatuh dengan momentum, kita akan tunggu setup asas di weekly S. Terpulang pada anda untuk sell tapi saya tidak menyarankan untuk short / sell stock dan sila pertimbangkan untuk hanya masuk sekiranya ada setup menarik saja.

semoga bermanafaat


PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
mac20sahamglobalTrend Analysis

Penafian