zulhafizsyam

MTRONIC kaunter goreng?

MYX:MTRONIC   METRONIC GLOBAL BHD
MTRONIC kaunter ini dilihat membuat kenaikan dan penurunan yang sangat ketara sejak September 2020. Mengikut media sembang, ramai menkategorikan kaunter ini sebagai kaunter goreng. Adakah betul? anda saja yang boleh tentukan. Sejak membuat penurunan yang sangat ketara dari 2 Julai 2021 hari ini dan semalam boleh dilihat ia berada pada paras sokongan yang kuat pada 0.04. Sukar untuk membuat jangkaan untuk kaunter seperti ini, mungkin belum sesuai untuk masuk jika berminat. Boleh perhatikan lagi pada minggu depan untuk mendapat lebih gambaran arah yang lebih tepat untuk kaunter ini. Paras rintangan dilihat pada 0.08. Nasihat: Perlu lebih berhati-hati dengan kaunter super penny.

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.