Paras Sokongan dan Halangan: Aplikasi Pada Carta MYEG

Bagaimana Mahu Mengenali Paras Sokongan dan Halangan?

Garisan sokongan yang kuat ini dapat dikenalpasti apabila sesuatu garisan sokongan telah melantun sekurang-kurangnya 3 kali.
Sesuatu garisan yang berjaya membuat lantunan melebihi 3 kali dianggap sebagai garisan sokongan yang kuat.

Jika dilihat dalam chart MYEG telah berlaku sekurang-kurangnya 4 kali lantunan iaitu pada Mac, September, Disember 2020 dan Mei 2021.

Jadi garisan sokongan tersebut boleh disebutkan sebagai garisan sokongan yang kuat.

Manakala garisan halangan atau resistance pula dapat dikenalpasti melalu lantunan yang terhasil apabila sesuatu harga mencapai sesuatu garisan tersebut.

Dapat dilihat lantunan telah berlaku beberapa kali pada Mei, Jun, Disember 2020 dan Februari 2021.

Garisan ini boleh disebut sebagai garisan halangan yang kuat.

Cara untuk memaksimakan keuntungan dan meminimakan risiko adalah membeli di support dan menjual ketika harga mencapai paras resistance.

*TAMBAHAN

Setelah mengetahui paras sokongan kita akan mengaplikasikan bebeapa perkara di dalam carta MYEG:

1. Indicator RSI berada di atas 50.
Ini menunjukkan bahawa minat pembelian saham MYEG semakin bertambah.

2. Setelah melakukan lantunan di atas garisan sokongan kini saham MYEG sedang bertenggek di atas sokongan dinamik MA 50.

Sekiranya tiada lantunan di sokongan dinamik ini berkemungkinan besar MYEG akan kembali mencuba garisangan sokongan RBS (Resistance Become Support) paras tertinggi pada tahun 2018.

3. Indicator MACD mula menghampiri paras positif.

Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran semata dalam mengaplikasikan sokongan dan halangan dalam chart.

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya

#TAYOR #BAYOR
jun21Moving AveragesmyegpendidikanSupport and ResistanceTrend Lines

Penafian