naimmp98

KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham

Pendidikan
MYX:NAIM   NAIM HOLDINGS BHD
Terdapat banyak jenis segitiga dalam saham. Antaranya:
1) Rising & Falling Wedge Pattern.
2) Ascending & Descending Triangle Pattern.
3) Bullish & Bearish Pennant Pattern.
4) Bullish & Bearish Symmetrical Triangle Pattern.

Terdapat dua perbezaan antara pennant pattern dan symmetrical triangle pattern.
1) Pembentukan flagpole (tiang bendera). Flagpole bagi pennant terdiri daripada candlestick panjang-panjang dimana harga spike (bergerak laju) sebelum terbentuknya pennant. Apabila terbentuknya pennant, harga pause (bergerak perlahan) sebelum meneruskan pergerakan. Berbeza dengan symmetrical triangle dimana flagpole adalah gabungan daripada banyak candlestisk.
2) Tempoh masa. Pennant hanya terbentuk dalam waktu yang singkat (kurang sebulan) manakala symmetrical triangle pula terbentuk dalam waktu yang panjang (berbulan-bulan).

Nota/Petunjuk:
* Breakdown = Harga memecahkan support dan jatuh kebawah.
* Breakout = Harga memecahkan resistance dan naik keatas.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.