NMM: Tiga Puncak?

76
Navios Maritime Partners dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan dilihat seakan membentuk corak carta tiga paras tinggi 'triple top'
Petunjuk volum juga dilihat semakin berkurang daripada satu minggu ke minggu seterusnya
Petunjuk RSI mingguan dilihat semakin menurun tidak selari dengan pergerakan harga ketika ia membentuk puncak baharu
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana harga belum memecahkan sokongan corak carta berkenaan
Tidak mustahil juga untuk harga terus bergerak mendatar membatalkan pembentukan corak carta berkenaan

Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.