traderscorner

PELIKAN Memecahkan Kotak Pengumpulan dan Melintasi EMA200

MYX:PELIKAN   PELIKAN INT.CORPORATION BHD
Dilihat 261 kali
5
PELIKAN pada hari ini memecahkan kotak pengumpulan sejak hujung Feb 2021 yang lalu disokong oleh isipadu melebihi purata. Harga pada hari ini jugak telah melintasi garisan EMA50 dan EMA200. Seterusnya jika ada cukup kekuatan, Pelikan akan cuba untuk menutup gap di aras 0.350. Jika berjaya, secara teorinya Pelikan mempunyai cukup kekuatan untuk terus bergerak ke atas. Aras rintangan seterusnya adalah garisan menurun di kawasan 0.375. Jika berjaya dipecahkan, Pelikan akan menukar trend dari menurun kepada menaik. Aras 52 minggu tertinggi pula adalah di aras 0.420. Begitulahlah kisah serba sedikit tentang Pelikan . (Sekadar teori, penceritaan, kajian dan pembelajaran)

Komen