ichivergence_hunter

Gerakan Menaik PESTECH Dalam Cubaan Menutup Dua GAP

MYX:PESTECH   PESTECH INTERNATIONAL BERHAD
PESTECH membuat gerakan menaik dengan candle marubozu besar disokong volume yang besar melangkah naik aras garisan EMA50 (biru) pada bulan Julai 2023. Kemudian breakout EMA200 dan turun berehat mencari dan memantul semula di EMA50 seterusnya sekarang ini bertahan di atas aras EMA200. Secara teorinya, kaunter yang candle berada diatas EMA200 adalah kaunter yang mempunyai kekuatan bullish. Akan tetapi, gerakan bullish menaik Pestech dihalang kuat oleh dua Gap yang terbentuk sebelum ini. Jadi, gerakan semasa Pestech adalah cubaan untuk menutup kedua-dua gap seterusnya akan mempunyai kekuatan bullish yang lebih kuat dan meyakinkan. EMA juga sedang dalam setup membentuk golden cross persilangan EMA50 dengan EMA200.

Aras sokongan semasa adalah di 0.290 (EMA200) dan aras rintangan semasa dan juga rintangan gap adalah di 0.310 (R Gap 1), 0.320, 0.335, 0.350 dan 0.365 (R Gap 2). Mampukah untuk Pestech menutup kedua-dua gap ini?

(Penafian : Sekadar perkongsian contoh analisis teknikal dan untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap maklum).


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.