m_firdaus_hamsani

PETRONM [S] - Kaunter Bangsawan Yang Tak Mustahil Dimiliki..

MYX:PETRONM   PETRON MALAYSIA REFINING & MARKETING BERHAD
PETRONM ialah salah satu kaunter bangsawan yang berada dalam sektor Oil & Gas. QoQ dan YoY terbaru pada 19 Nov 2020 hijau merimbun.

Berdasarkan anjakan Fibonacci ( Fibonacci Retracement ) yang dipelajari dari Cikgu Khairil TCT, harga terakhir ditutup pada Jumaat lalu berada di tengah tengah channel Fibo 1( 5.080 ) dan 1.618 ( 6.680). Harga bermain main di sekitar garisan itu selama 5 hari sejak volume yang meningkat pada 4 Dis 2020 dan mewujudkan garisan support yang kuat di PAHTV, 5.500 ( Ini dipastikan setelah tiga kali percubaan harga menyentuh garisan support tersebut ).

Kaunter ini juga telah melepasi garisan ATDL pada 10 Nov 2020 yang lalu dan meneruskan perjalanan menaik dengan melepasi garisan EMA50 (11 Nov 2020 ) dan garisan EMA200 ( 23 Nov 2020 ).
Dan terbaru, garisan EMA 50 dan 200 telah melakukan apa yang diterjemahkan sebagai Golden Cross dalam pergerakan uptred untuk mengesahkan betapa bullishnya beliau. Awan Ichimoku juga menunjukkan pergerakan yang positif dan memberangsangkan.

Pada TF Mingguan, harga telah closed di atas EMA200 dan sudah melepasi EMA50. Cuma harga telah terkeluar dari aras atas Boilinger Band, kemungkinan akan berlaku sedikit pullback dan reversal dalam minggu akan datang.

Pada TF Tiga Puluh Minit, harga kebanyakan bermain main dan disupport oleh EMA50. Dan momentum pergerakan masih ada lagi untuk pergerakan hari akan datang.

Jika harga dibuka atas harga tutup, kemungkina akan ada percubaan sekali lagi di PAHTV, ataupun beliau akan meneruskan pendakian ke 6.680 atau 6.750 (52WH). Boleh dimasukkan ke dalam watchlist untuk mencari entry. Next, beliau akan mencari 7.975,9.270 dan 15.06 ( ATH ).

Selamat bersaham. Semoga hensem,kaya dan bertaqwa.

(Perkongsian ini sekadar untuk kajian dan pembelajaran )
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.