naimmp98

PMETAL (Dua Garisan Dinamik Sebagai Sokongan)

MYX:PMETAL   PRESS METAL ALUMINIUM HOLDINGS BERHAD
Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PMETAL merupakan salah satu daripada 30 komponen bagi indeks FBMKLCI. Keuntungan dan hasil (revenue) adalah konsisten. Walaupun begitu, keuntungan dan hasil (revenue) YoY adalah menurun masing² sebanyak -2.93% dan -11.91%. PMETAL juga konsisten memberikan dividen kepada pemegang saham. Walaupun begitu, dividen yang diberikan menurun dan terkini, dividen yang diberikan adalah sebanyak 4.25 sen sesaham. Sebelum ini, paling tinggi dividen diberikan adalah sebanyak 8.5 sen sesaham pada tahun 2017.
- Dari sudut Teknikal, PMETAL dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 20 dan MA 50 sebagai dinamic support.
- PMETAL beberapa kali rebound di atas MA 20 dan apabila muncul signal strong bearish divergence, harga mula turun melebihi MA 20 dan rebound di atas MA 50.
- Terkini, muncul signal medium bearish divergence dan harga sekarang berada di atas MA 20.
- Stochastic cross up di paras oversold menunjukkan signal reversal atau rebound berlaku.
- Adakah harga akan rebound di atas MA 20 atau turun melebihi MA 20 dan rebound di atas MA 50 seperti sebelum ini?

Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Medium Bearish Divergence = Keadaan dimana harga mendatar tetapi stochastic RSI menurun.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.