PRIVA - Menarik untuk diperhatikan

ektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Satelit based, ICT, Wireless Broadband

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- PRIVA melakukan retracement dan berada di atas garisan RBS pada paras harga 0.22
- Volume menunjukkan pembeli masih menguasai pasaran (Buyer in Control) berdasarkan volume belian melebihi volume jualan
- Indikator RSI juga membuktikan PRIVA masih mempunyai momentum kerana masih berada di atas RSI 50.
- Support terkuat berada pada paras harga 0.19. Sekiranya paras harga tutup di bawah paras harga ini, tindakan cutloss ataupun menjual pegangan adalah tindakan yang wajar.
- Paras harga PRIVA juga masih di atas garisan MA 50 menandakan trend masih kuat dan masih mempunyai momentum untuk meneruskan kenaikan.

Dari sudut fundamental
- Dari segi pendapatan bersih syarikat PRIVA kembali membuat keuntungan bersih sebanyak 283K berbanding Q4 2020 yang mengalami kerugian sebanyak 3.82 juta. Hal ini merupakan sudut positif bagi syarikat PRIVA kerana dapat menjana keuntungan dikala kerugian yang teruk. Tambahan lagi pada musim COVID19.
- NTA syarikat PRIVA 0.100 membawa maksud syarikat PRIVA dikategorikan sebagai berada pada paras tinggi daripada penilaian.
- EPS semasa syarikat iaitu -0.86 membawa maksud syarikat PRIVA masih dikategorikan sebagai negative earning.



Highlight
- PRIVA mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan CEO yang baharu mengantikan CEO yang lama.

- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:
syot kilat

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Candlestick AnalysisSupport and ResistanceTrend Analysis

Penafian