ichivergence_hunter

Indek Property Bullish Kuat Tetapi Adakah Sudah Di Puncak?

MYX:PROPERTIES   Bursa Malaysia Properties Index
Indek Porperty memulakan gerakan bullish pada hujung tahun 2022 apabila breakout EMA200. Kemudian, turun untuk retracement / pullback dan memantul membuat reversal di aras EMA50. Pada Feb 2023, membuat pengesahan strong bullish apabila EMA50 membuat persilangan emas (Golden Cross) dengan EMA200. Hari ini, candle sudah jauh dari golden cross. Adakah kenaikkan sudah dipuncak dan masanya untuk membuat pembetulan (correction). Buat masa ini, range dalam aras sokongan 781.87 dan rintangan 807.82. Jika bocor sokongan 781.87, maka akan mula turun membuat correction. Tetapi jika masih kuat, akan naik menguji rintangan 807.82.

Lama dah bullish, semoga ramai rakan trader yang mengambil peluang dan berjaya menjana profit yang lumayan dengan kaunter - kaunter sektor Property.

(Penafian : Sekadar analisis peribadi dan tujuan pembelajaran semata - mata)

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.