aihafizal.fx

5-Dis-2020: Indikator kajian TA (bursa)-Siri 2

Pendidikan
MYX:PUC   PUC BERHAD
Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;

Semoga semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungannya. Hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menyambung berkenaan indicator ni. Terima kasih sebab belanja like and view untuk siri-1.

Suka saya ingatkan, keputusan untuk membeli atau menjual bukan bergantung kepada analisa daripada satu indikator sahaja tetapi melibatkan kombinasi 2-5 indikator untuk mengukuhkan keputusan.

Jadi kali ini saya nak bincangkan 3 indikator yang biasanya digunakan dan agak terkenal dikalangan trader iaitu MACD dan RSI & STO. Indikator RSI & STO ini sebenarnya adalah 2 indikator berasiangan ya Cuma saya ceritakan sekali. Jom kita mulakan.

1. MACD
  • Nama penuhnya adalah Moving Average Convergence Divergence
  • Mengenalpasti gerakan awal perubahan momentum
  • Terdapat 2 garis yang bertindak sebagai penentu untuk membuat keputusan iaitu garis MACD dan Signal
  • Garis MACD ini mewakili EMA 12-26 (standard setting)
  • Garis Signal mewakili EMA 9 (standard setting)
  • Terdapat satu garisan tengah penentu Uptrend zon dan Downtrend zon yang dilabelkan sebagai ‘0’
  • Apabila Garis MACD & Signal berada diatas paras 0 kebiasaannya carta berada dalam keadaan trending up
  • Apabila ia berada di bawah paras 0, carta berada pada fasa trending down
  • Kebiasaannya penentuan untuk melakukan entry adalah apabila kedua2 garisan ini mula merapat diantara satu sama lain dan mula hendak membuat persilangan.
  • Persilangan yang berlaku di dalam Downtrend zon biasanya digunakan untuk kaedah Bottom fishing
  • Persilangan yang berlaku di dalam Uptrend zon pula digunakan untuk ‘Ride trend’ atau mengesan pullback.

2. RSI / STO
  • Nama penuhnya adalah RSI-Relative Strength Index & STO – Stochastic
  • engenalpasti kadar pecutan momentum
  • Kebiasaannya terdapat 3 level yang sering menjadi perhatian pelabur (dua-dua sama)
  • Secara standard level-level itu adalah -> Level 70 – overbought / level 50 – Middle area (penentu) / level 30 – oversold
  • Bagi RSI saya baca seperti berikut (ini mungkin x sama dengan org lain tapi ianya mudah bagi saya nak faham)
    - > 70 Overbought = Bersedia untuk menjual
    - 55 – 70 Momentum Up = Cari peluang membeli dan re-entry
    - 54 – 46 Sideway = Cari membeli semasa pullback
    - 45 – 30 Momemtum down = Elak dari membeli hanya jual
    - < 30 Oversold = Cari peluang untuk membeli dari bawah
  • Bagi STO pula sejujurnya saya tak guna sangat tapi cara membaca lebih kurang seperti berikut:
    - > 70 Overbought = Bersedia untuk jual
    - 50-70 Momentum up = Cari peluang untuk membeli & re-entry
    - 30-50 Momentum down = Elak dari membeli hanya jual
    - < 30 Oversold = Cari peluang membeli dari bawah

Sila rujuk kepada chart untuk lebih memahami keadaan sebenar.

Rasanya cukup dulu sampai di sini perkongsian untuk kali ini. Kita akan sambung dalam siri seterusnya.
bagi sesiapa yang terlepas siri-1 boleh check balik di link disertakan.

Semoga bermanafaat
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.