miketiong.95

SIME (MYX:4197) Kaunter dividend wajar dilabur!

Panjang
MYX:SIME   SIME DARBY BHD
Selain daripada swing trading, ada juga pedagang yang minat dengan pelaburan dividend untuk jangka masa panjang. Justeru, saya ingin memperkenalkan kalian kaunter SIME, iaitu Sime Darby.

Syarikat ini bukan sahaja mempunyai fundamentals yang bagus dari segi kewangan dan pengurusan syarikat, malah memberi dividend tahunan hampir sebanyak 4%! Memandangkan harga SIME sekarang berada di RM2.37, saya jangka bahawa harga kaunter akan jatuh sedikit sebelum melambung dalam zon wedge yang tertera dalam carta tersebut.

Untuk pedagang dividend, tak payah risau akan kerugian teruk kerana paras sokongan adalah berdekatan di RM2.09 , iaitu risiko sebanyak 12% sahaja (Biarpun kena paras sokongan, kalian boleh "average down" kerana potensi kaunter ini agak memuaskan dari segi perspektif pelaburan dividend buat jangka masa panjang.

TP kaunter ini adalah di paras rintangan hijau (RM2.93) , untuk sesiapa yang berminat untuk swing trade buat jangka masa lama.




Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.