SKPRES (MYX:7155) Harga mula bergerak ke atas!

Seperti yang kalian dapat lihat dalam carta di atas, harga SKPRES telah mula bergerak seiras dengan bahagian atas bollinger band, bersama dengan indikasi RSI dan MACD yang juga menunjukkan signal beli.

Memandangkan SKPRES telah melambung dari paras sokongan hitam dan menunjukkan formasi double bottom, dan pembentukkan paras sokongan merah sementara selepas melekat di bahagian atas bollinger band tersebut, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:

Beli : RM1.310-RM1.325
Cut loss : RM1.275
TP : RM1.430

Dengan entry sebegini, nisbah risiko rezeki adalah berada di 1:2, jelas menunjukkan bahawa risiko ini berbaloi diambil demi potensi rezeki yang memuaskan.


Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
Double BottomDouble Top or BottomklsemarketOscillatorsSupport and Resistance

Penafian