TradingView

Muzik untuk Perdagangan dan Pelaburan

Pendidikan
NYSE:SPOT   Spotify Technology S.A.
Kami bekerja dengan pakar tingkah laku untuk mempelajari sains di belakang pilihan lagu terbaik untuk perdagangan dan pelaburan. Kami mengenalpasti formula ini berdasarkan lima komponen utama muzik - Tempo (BPM), Nada (T), Panjang dan Volum (LV), Lirik (L) dan Mood(M). Kemudian, kami menggunakan formula ini untuk membuat dua playlist khusus:

Playlist #1 : Zero In - Lagu-lagu yang membantu konsentrasi dan dapat digunakan semasa mengkaji langkah yang seterusnya.
Playlist #2: All Out - Lagu-lagu yang membantu anda menjadi lebih tegas dan yakin untuk mengambil tindakan.

Playlist ini adalah percuma dan terbuka untuk semua orang di Spotify. Kami akan sentiasa mengemaskinikan playlist ini. Sila berkongsi dengan kami lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.

Mari kita mendalami pengiraan di belakang setiap playlist. Anda mungkin mendapati bahagian ini menarik jika anda menyukai musik atau ingin mempelajari tentang topik ini dengan lebih lanjut. Anda mungkin juga menyedari pasaran dan muzik memiliki banyak persamaan.

🎯 Zero In — Masa Untuk Fokus dan Memberi Tumpuan

Berfokus = “BPM (50 – 65) +TM +LVL (+ or -) -LN +M”

BPM: mencari lagu-lagu dengan tempoh antara 50-65 beat setiap minit.
TM: pilih nada lembut yang menenangkan emosi
LVL: lagu yang lebih panjang untuk konsentrasi yang lebih baik
LN: pilih track dengan lirik yang sedikit atau tiada sama sekali.
M: lambat, mood yang tidak terlalu melodik akan membantu otak anda fokus pada tugas anda, dan bukan pada muziknya.

💥 All Out — Membina Keyakinan untuk Membuat Keputusan

Aksi = “BPM (65 – 85) +TU +LVS (+ or -) -LS +M”

BPM: Mencari lagu dengan tempo 65-85 beat setiap minit.
TU: memilih nada derap atas boleh meningkatkan fungsi kognitif
LVS: lagu yang lebih pendek dengan tempo yang lebih cepat akan memberi anda motivasi semasa bekerja
LS: Semasa bekerja, memiliki lirik dalam playlist anda , tidak terlalu penting, jadi pilihlah lagu dengan beberapa lirik untuk dapatkan motivasi
M: mood yang berderap atas,berlirik akan memberi anda dopamine tambahan, membantu anda berasa lebih berani dan yakin

Terima kasih kerana membaca dan kami menanti maklum balas anda. Cubalah playlist di atas. Beritahu kami bagaimana ia dapat membantu anda membuat persediaan dan mengambil tindakan. Sila juga berkongsi lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.