BB ASAM KECUT BAGI TANCO

Sektor : Property
Subsektor : Property

Pada 21 Julai yang lalu, syarikat Tanco telah mengumumkan pembelian hak milik sebanyak 16 Juta unit secara direct oleh Mr. Andrew Tan. Diperhatikan daripada carta kaunter ini telah sideway pada aras yang sama di dalam kotak selama 2 bulan. Berita yang dikeluarkan oleh syarikat ini mampu menarik minat belian kerana para CEO syarikat yakin dengan prestasi Tanco di masa hadapan. Buat masa kini, sentimen bagi sektor Property kurang menarik disebabkan Covid-19 akan tetapi sektor ini mampu menyerlah setelah tamatnya pandemik nanti. Beralih ke indikator, dengan menggunakan Bollinger Band ia telah pun mengecut selama 22 hari trading dan menanti masa untuk breakout. Indikator MACD pula, telah membentuk divergence menandakan bersedia untuk bertukar bullish. Tanco meninggalkan banyak tanda tanya kepada para traders, adakah kaunter ini mampu bersinar? Mari kita saksi dan lihat.

Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)

*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran

Technical Indicators

Juga pada:

Penafian