TECFAST Cadangan Dagangan Singkat

TECFAST jika dilihat pada corak carta yang besar adalah berbentuk corak segitiga menaik dan candle masih merayau-rayau didalam segitiga. Belum jumpa jalan keluar lagi. Jadi, cadangannya hanya untuk dagangan singkat selagi tak jumpa jalan keluar. Untuk itu, kita gunakan indicator EMA9 (garisan berwarna gold). Dapat dilihat TECFAST bertahan beberapa hari di atas EMA9, jadi boleh jadikan aras sokongan secara teorinya. Aras rintangan yang kuat adalah di 0.565. Jika tidak berjaya juga dipecahkan, harga akan kembali turun. Jadi untuk dagangan singkat target harga adalah di aras rintangan 0.565 dan juga di garisan menurun lebih kurang di kawasan 0.650. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
Penafian
Maklumat dan penerbitan adalah tidak bertujuan, dan tidak membentuk, nasihat atau cadangan kewangan, pelaburan, dagangan atau jenis lain yang diberikan atau disahkan oleh TradingView. Baca lebih dalam Terma Penggunaan.