TradingView

Cara baiki dagangan melalui kadar faedah: Bahagian 4

Pendidikan
TVC:US01MY   US 1M yield
Hai semua! 👋

Pada bulan ini, kami mahu menelusuri tajuk kadar faedah, apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah di dalam dagangan anda. Ini adalah tajuk di mana pedagang-pedagang baru selalunya hanya akan melihat sekali lalu sewaktu baru bermula, jadi kami harap ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan diambil tindakan untuk orang-orang baru yang sedang mencari jalan untuk mempelajari lebih banyak mengenai analisa makroekonomi dan asas!

Anda boleh memikirkan pasaran kadar di dalam tiga dimensi.

1.) Mutlak
2.) Relatif
3.) Menerusi Masa

Dengan kata lain;

1.) Bagaimanakah kadar didagangkan pada satu asas mutlak? DENGAN KATA LAIN, adakah mereka menawarkan satu tawaran risiko/keuntungan menarik kepada pelabur-pelabur?
2.) Bagaimanakah kadar didagangkan pada satu asas relatif? DENGAN KATA LAIN, apa yang memisahkan harga bon di antara negara-negara berbeza?
3.) Bagaimanakah kadar didagangkan menerusi masa? DENGAN KATA LAIN, apakah itu "Keluk Hasil"?

Di dalam catatan pertama kami, kita telah melihat kepada bagaimana untuk mencari maklumat kadar faedah di TradingView, dan bagaimana kadar faedah bergerak di dalam pasaran terbuka. Di dalam catatan kedua kami, kita telah melihat kepada beberapa keputusan yang pelabur perlu lakukan apabila melabur di dalam bon (kadar) lawan aset lain. Di dalam catatan ketiga kami, kami telah melihat kepada kadar pada asas relatif di antara negara.

Di dalam catatan terakhir hari ini, kita akan melihat bagaimana kadar didagangkan menerusi masa - di dalam kata lain, Keluk Hasil. Apakah maklumat yang anda boleh dapati daripada melihat Keluk Hasil? Bagaimanakah ia boleh membantu pelan dagangan anda? Mari mulakan!

Sebagai rujukan, mari kita lihat pada Keluk Hasil:


Carta ini mengandungi beberapa aset berbeza, jadi kita akan pecahkan mereka.

Kawasan putih/biru ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon dua tahun apabila anda membelinya.
Garisan oren ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon lima tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Garisan teal ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon tujuh tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Garisan kuning ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon sepuluh tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Garisan ungu ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon 30 tahun kerajaan apabila anda membelinya.

Seperti anda dapat lihat, perbezaan kematangan untuk bon akan memberikan perbezaan hasil dari masa ke semasa.

Jika anda membeli bon dua tahun pada awal tahun 2021, anda akan mendapat hasil 0.15% SETIAP TAHUN.
Pada masa yang sama, jika anda membeli bon 30 tahun pada awal tahun 2021, anda akan mendapat hasil 1.85% SETIAP TAHUN.

Situasi telah berubah dari sejak itu. Pada masa sekarang:

Jika anda membeli bon dua tahun, anda akan mendapat hasil 3.56% SETIAP TAHUN.
Jika anda membeli bon 30 tahun, anda akan mendapat hasil 3.45% SETIAP TAHUN.

Dalam kata lain, situasi telah bertukar sepenuhnya.

Kenapa ini terjadi?

Ada beberapa sebab, bersambung kepada banyak tajuk-tajuk yang kita pernah bincangkan pada beberapa catatan lepas. Mari kita pecahkan mereka.

1.) Risiko Kadar Dana Bank Pusat
2.) Risiko Inflasi
3.) Risiko Kredit
4.) Risiko Pasaran

Untuk bermula, dari awal tahun 2021 sehingga kini, bank pusat telah menaikkan kadar dana secara ketara. Ini bermakna bon kerajaan akan mula menyaksikan hasil mereka menaik. Kenapa meminjamkan wang kepada kerajaan jika anda boleh mendapatkan lebih keuntungan dengan meletakkan duit tunai anda di dalam akaun simpanan?

Yang kedua, inflasi semakin menaik. Ini ialah kesan daripada kejutan bekalan di seluruh dunia untuk komoditi & servis. Disebabkan kekurangan semakin bertambah dan permintaan semakin menaik, kenaikan harga untuk barangan harian telah menyebabkan bon jangka pendek untuk "Menghampiri" kepada hasil untuk bon-bon kematangan lebih panjang.

Ketiga, apabila KDNK semakin mengecut pada dua suku sebelumnya, risiko kerajaan A.S. tidak dapat membayar kembali pinjaman mereka menerusi resit cukai dan penerbitan bon semakin meningkat.

Akhirnya, seperti yang kita boleh lihat pada catatan kedua:

Apabila saham menandingi bon, permintaan institusi untuk saham akan menaik, menunjukkan bahawa masyarakat merasa selesa dan berminat mengambil risiko. Apabila bon menandingi saham, ia boleh memberikan gambaran bahawa masyarakat lebih menyukai untuk memegang kenderaan pembayaran faedah "tiada risiko" berbanding ekuiti di dalam syarikat dengan keadaan prospek ekonomi yang memburuk.

Permintaan untuk bon ini akan berlaku di seluruh Keluk Hasil. Permintaan untuk aset "tiada risiko" bertambah dalam keadaan ekonomi memburuk, bermaksud Keluk Hasil adalah petunjuk kepada bagaimana peserta-peserta pasaran berfikir mengenai keadaan pasaran dalam sesuatu tempoh masa. Jika hasil untuk bon dua tahun ialah lebih tinggi dari bon 10 tahun, peserta pasaran menerusi aktiviti pembelian dan jualan mereka menunjukkan bahawa mereka menjangkakan dua tahun berikutnya akan menghadapi risiko ekonomi yang lebih tinggi daripada sepuluh tahun berikutnya. Dalam kata lain, mereka menjangkakan adanya kemelesetan ekonomi.

Ini sangat berguna untuk beberapa jenis pedagang:

Ekuiti ialah diikat kepada ekonomi - jika kadar memberitahu sesuatu tentang prospek ekonomi, ia suatu yang bijak untuk memberikan perhatian, kerana ia mungkin dapat memberitahu gaya proses/dagangan pemilihan aset anda.
FX sangat berkait dengan kadar - jika kadar bergerak, FX akan menerima impak.
Kripto telah menunjukkan korelasi songsang yang tinggi secara sejarah dengan indeks "wang mudah". Jika kadar menaik, kripto yang tiada pembayaran faedah akan menjadi kurang menarik.

Itu sahaja siri kami mengenai Kadar Faedah!

Terima kasih kerana membaca dan moga anda dapat berehat dengan baik di hujung minggu.

- Pasukan TradingView ❤️

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.