USD/MYR- ke mana arah tuju?

44
CARTA MINGGUAN USD/MYR
Aras halangan : RM 4.20
Aras Sokongan :
1. RM 4.15
2. RM 4.10

Dengan merujuk carta yang dipaparkan pada 5/9/18. USD/MYR telah menepati jangkaan target RM 4.20, iaitu pada paras fibonacci 0.500. USD/MYR tidak berjaya melepasi paras fibonacci 0.500 tersebut dan melakukan tunjal balik ke aras sokongan RM 4.15. Namun USD/MYR masih berlegar di atas MA 200 manakala oscillator stochastic dibawah paras " kawasan 'overbought' ". Berkemungkinan USD/MYR akan meneruskan penurunan ke RM 4.10 andai aras sokongan RM 4.15 tidak berjaya bertahan. USD/MYR dijangka akan bergerak dalam julat harga RM 4.20 - 4.10 dalam bulan ini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak bertujuan, dan tidak membentuk, nasihat atau cadangan kewangan, pelaburan, dagangan atau jenis lain yang diberikan atau disahkan oleh TradingView. Baca lebih dalam Terma Penggunaan.