NASDAQ:VRTX   Vertex Pharmaceuticals Incorporated
Saham syraikat Vertex Pharmaceuticals dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Namun jika dilihat pada selang masa bulanan, pergerakan harga dilihat seakan menunjukkan beberapa tanda kelemahan
Lilin pada selang bulanan terkini dilihat telah membentuk lilin doji yang menunjukkan ketidaktentuan arah pergerakan harga
Lilin dagangan pada dua bulan sebelum itu juga dilihat seakan membentuk lilin 'hanging man'
Petunjuk volum dilihat semakin berkurang tatkala harga cuba membuat kenaikan sehingga ke paras tertinggi tahun sebelumnya
Petunjuk RSI bulanan dilihat seakan membentuk divergence jika dibandingkan dengan kedudukan harga di paras terkini
Harga dilihat seakan sedang cuba membuat pembentukan corak carta paras tinggi berganda jika diperhatikan sekilas pandang
Walaubagaimanapun selagimana harga belum membuat penurunan dan memecahkan sokongan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.