Segi Empat Gann

Idea Dagangan 22
Idea Pendidikan 1

Pendidikan dan Kajian

Segi Empat Gann

Segi Empat Gann ialah salah satu alat analisis teknikal yang paling terkenal yang dicipta oleh WD Gann. Ia dianggap sebagai satu asas teknik dagangannya yang terbaik yang menggunakan info masa dan harga simetri. Segiempat Gann adalah satu alatan canggih dan untuk dapat menggunakannya dengan betul, ia memerlukan tahap asas pengetahuan mengenai teori Gann dan pengalaman menggunakan carta. Sila ambil perhatian bahawa carta perlu diskala kan dengan betul untuk memastikan pasaran mempunyai hubungan persegi. Alatan ini menggunakan Gann Wheel sebagai asas bagi corak harga dan masa nya. Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai cara lain.

Salah satu cara ialah memulakannya di titik pangsi utama sebelumnya (biasanya akhiran urutan gelombang 5 terakhir) dan lukiskan supaya garis 1 X 1 akan mengikuti kawasan sokongan pasaran semasa. Satu lagi cara ialah untuk menyerlahkan formasi geometri yang boleh meramalkan tahap sokongan dan rintangan utama dengan mengira nilai ke hadapan dari nilai terendah atau tertinggi sepanjang masa. TradingView mempunyai smart tool yang membenarkan pengguna untuk melukiskan Segi Empat Gann di atas carta.